Thursday 16 March 2017

SPM Bukan Segalanya

Hai adik-adik semua. Disebabkan harini result SPM 2016 keluar, saya ingin mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi di alam universiti atau pra u kepada yang kurang berjaya. Entri ini ditulis utk memberi sedikit nasihat dan pendapat  kepada yang tidak berjaya mendapat straight A dalam SPM. Umum mengetahui, kalau pandai je straight A. Kalau anak sekolah SBP, MRSM je mesti straight A. Kalau dapat 6A, 7A je jadi soalan sensitif dan malu dikongsi. STRESS KAN ?

Tahukah kalian, hanya di Malaysia sahaja mengukur kepandaian seseorang melalui bilangan A. Berbeza pula di sekolah harian biasa, mendapat 6A,7A merupakan bonus kepada mereka.Apatah lagi yang mendapat 7A ke atas kan. Boleh bayangkan layanan macam mana. Mereka diangkat sekolah sehingga mendapat anugerah pelajar cemerlang, menerima wang saguhati dan sebagainya. Manakala pelajar-pelajar yang tidak berjaya mendapat straight A di sekolah "berprestij" itu tidak dipandang sama sekali. Sehingga menyebabkan mereka menyalahkan diri sendiri dan menangis dua hari dua malam. Mereka merasa tidak yakin diri dan merasakan diri mereka tidak bijak.

Kenapa mereka rasa tak yakin diri ? Sebab masa sekolah dulu selalu dimomokan kalau nak belajar engineering jek Fizik kena A, add math kena A. Senang cerita straight A la. Kalau yang nak jadi doctor pun kena straight A. Bila once kita dapat lower than teacher expectation. Kita jadi down, kita rasa tak layak masuk U sekian2, asasi tak layak (layak), matrik tk layak (lg layak).

Kisah Benar 

Aku merupakan pelajar SBP (tempat dirahsiakan) yang mempunyai student form 4 dan form 5 sahaja. Aku merupakan pelajar sains teknikal yang cemerlang subjek2 sains teknikal, tetapi tidak berjaya mendapatkan straight A. Parent aku sgt kecewa dengan result aku and menyebabkan aku down gila-gila sampai menyorok menangis dua hari dua malam. Pada malam keluar result tu, aku dengan diam-diam membuka laman web UPU, and aku tukar semua program asasi sains, asasi law bagai, aku letak diploma in engineering kat beberapa U and diploma in law last sekali. Itu je pilihan terakhir aku kalau nak belajar engineering. 

Pada saat tu aku rasa result aku teruk gila dah. And aku try to move on. Aku sambung kerja mcm biasa. Sampai mak aku bising sebab aku masih tak dapat belajar macam student lain. Selalu budak keluaran MARA lau trial elok belajar awal. And one day bila matrik panggil untuk masuk, aku taknak pergi and terus kerja sampai parent aku risau. Aku rasa aku tk layak matrik. Sebab masatu mindset aku budak yang masuk matrik pndai2. Result aku teruk kot. And one day aku dapat tawaran belajar kat utara Malaysia. Ambil Manufacturing Engineering. Pada saat aku menyerahkan dokumen-dokumen aku kepada petugas school aku. Beliau mengatakan result aku cemerlang. He's the first person told me like that. Even my parent don't say anything. (but still give me a laptop as spm present) Then he said, ni memang mintak sini ke kena campak sini. (Gelak jahat) And aku cakap la mmg aku mintak sini. Lepastu dia kata belajar rajin-rajin and dapatkan dean list. 

Makanya, di saat kawan-kawan aku ramai menyambung matrik dan asasi, aku sedang bertungkus lumus menghadapi kehidupan pelajar universiti seawal 18 tahun. Semakin lama aku belajar, result spm sudah kulupakan. Rata-rata student yang belajar disini terdiri dari pelajar SBP and MRSM yang tak dapat straight A tapi still hv effort nak belajar course ni. Selebihnya pelajar dari sekolah harian biasa yang cemerlang dimata guru-guru mereka. Pada pendapat aku lah, kalau kau tak cemerlang macam mana kau masuk U kan. Apabila kau kat U, pointer kau bukan based on result SPM kau bagus ke tak. Pointer kau based on kau belajar ke tak, kau buat kerja ke tak, kau datang kelas ke tak.

Ada pelajar tu dulu 7A SPM, tapi selalu tuang kelas, assignment tak buat, banyak lah mengelat. Kasihan dia quit belajar sebab subjek engineering tough, lagi2 subjek mechanics.

Pelajar ni pulak, dulu dia 3A jek SPM, tapi rajin serba-serbi. Alhamdulillah she's score her diploma. Now, dia sambung degree and got dean list for last semester (sem 4). I'm so proud of her. Because she is one of my best friend.

And aku yang konon-konon result SPM teruk ni tengah sambung degree sekarang. Amik engineering lak tuh. Kalau habis sem ni, insyaalah sem depan naik tahun 3 dah. Aku habis belajar lambat setahun dari kawan-kawan aku yang masuk matrik. Even till now i still ashamed to come back to my school and give advice to my super super junior. Bak kata kawan aku, kita ni bukan produk straight A, tkya datang sekolah lah lau wat event macam tu. Buat malu kita je.

So conclusion kat sini. SPM bukan penentu masa depan. Ia adalah sekadar penentu kau nak dapat scholarship ke tidak and nak mendapat tempat di UA ternama seperti UM,USM dan sebagainya. Ia cuma tiket awal utk masa depan yang cerah. Dorang baru tempah je macam-macam boleh berlaku. Nasihat terakhir pilih course mengikut minat kita bukan sebab ikut kawan or sebab parent nak. Tapi kadang-kadang apa parent nak itu yang terbaik utk kita jgk. Kita yang nak belajar kalau kita tak ikhlas suka course tu macam mana kita nak berjaya kan.

Sorry kalau ada terkasar atau tersilap bahasa dalam entry ni :)

Adios.


Nota kaki :
Saya terjumpa satu laman web bertajuk afterschool sesuai untuk para graduan sekolah menengah (SPM la). Terfikir untuk berkongsi bersama buat para pelajar lepasan SPM. Maklumat dan berita yang disediakan juga terkini dan informatif.

Bagus juga ya untuk mereka yang masih tercari-cari hala tuju ke mana perlu pergi selepas habis sekolah. Kalau saya dahulu, kaunselor sekolah sahajalah tempat bertanya. 


No comments:

Post a Comment