Friday 31 March 2017

Kenangan Sebagai Pelajar Sekolah Part 2

Hai semua. Pada entry yang lepas aku telah kongsikan pengalamanku sepanjang menjadi student lower form. Banyak kenangan manis dan buruk pernah pernah terjadi kepada diriku ini. Entry kali ini ingin mengisahkan tentang pengalamanku sepanjang upper form pulak.

Selepas result trial keluar, aku telah memohon untuk memasuki mana2 SBP. Pada ketika itu hanya ada dua pilihan kot, which is dua2 aku letak sekitar Melaka je. MOZAC and SBPI Selandar. Selepas result PMR keluar aku berharap sangat untuk terpilih memasuki SBP yang aku dah mintak. Kebiasaanya panggilan untuk kemasukan pelajar tingkatan 4 baharu dalam minggu pertama bulan 2. Makanya, aku telah belajar di sekolah lama ku lebih kurang sebulan atau 5 minggu. Banyak telah ku pelajari. Menjadi seorang pelajar sains tulen + Lukisan Kejuruteraan menyebabkan jadual aku terlalu pack sehingga menyebabkan aku balik jam 4 ptg setiap hari. Pukul 4 tula nak solat zuhur, nak makan tengahari, nak sambung prep. Pada pukul 5 nak kena riadah lagi. Penatnya. Pada ketika itu aku berada di dalam kelas 4 Alpha, yang menempatkan seramai 53 orang pelajar yang mendapat straight A pada PMR lepas. Sangat crowded, kalau duduk belakang memang tak nampak whiteboard sampai cikgu mohon ramai2 cepat pindah SBP or MRSM. Pada ketika itu hatiku berbelah bahagi, macam mahu pindah and macam mahu stay. 

Menjadi pelajar aliran sains di sekolah biasa, banyak dibantu guru-guru jika kita tidak memahami akan sesuatu perkara. Kami diajar dan dilayan sebagai pelajar biasa ye bukan genius walaupun mendapat keputusan straight A PMR. Hampir sebulan aku berada di situ, aku pun mendapat surat tawaran kemasukan ke SM Sains Muar. Di mana ia bukan lah menjadi pilihan pertamaku, sekolah sains tu antara yang hebat pada ketika itu, kerana menduduki tangga ke-7 SBP dan tangga ke-2 dalam negeri Johor. Aku pulak sudah mencintai rentak belajar di sekolah biasa akhirnya dipaksa kedua ibu bapaku untuk masuk ke sekolah itu. 


Ni sekolah yang mencorakkan aku hari ini


Setelah aku menjejakan kaki kedalam sekolah itu, aku sangat jatuh cinta terhadap suasananya yang berdisiplin tidak seperti sekolah lamaku. Kami juga membiasakan diri untuk membuka majlis atau sesuatu perkara dengan Al-Fatihah dan ditutupi dengan suratul Asr dan selawat. Setiap petang sebelum solat maghrib kami dibiasakan untuk membaca al-mathurat secara berjemaah. Pada hari tertentu seperti Khamis, Jumaat, Sabtu. Kami akan membacakan surah-surah al-Quran secara berjemaah. Hari Khamis Yassin, hari Jumaat pula surah al-Jumaah dan hari Sabtu surah Waqiah/Rahman. Ahad sampai Rabu baca mathurat sahaja. Pada tiap malam sebelum tidur pulak kami dikehendaki untuk membacakan al-Mathurat with dormates secara berjemaah. Aku sangat merindui suasana ini. 

Di sekolah ini hanya terdapat pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 sahaja. Tetapi tiada masalah buli dan hubungan antara senior junior baik2 belaka. Pertuturan kata antara dormates juga sangat sopan, berbeza sewaktu aku bersekolah harian di Melaka yang sangat kasar pertuturan, dari situ aku mula berbudi bahasa terhadap semua orang dan tidak berkasar di antara satu sama lain. Di sekolah ini banyak istilah legacy dan suka untuk menurunkan sesuatu kepada legacy mereka. Jika di asrama perempuan sesiapa junior yang duduk di atas katil senior, mereka diibaratkan adik katil mereka dan merupakan legacy mereka. Segala perkara baik akan diturunkan kepada adik mereka. Tambahan juga kami akan diberikan registered name. Macam aku, registered name katil aku Gurt. Kakak katil aku yang bernama Zjiegurt (pronounce JIGURT) memberikan nama aku Zygurt (pronounce zaigurt). Legacy sebelum ni adalah Yogurt and aku memberikan nama kepada adik katilku Sagurt. Hah paham tak ? Contoh lain kawan katil aku nama legacy Fie-. So nama dia Fie-lia, kakak katil dia Fie-yo and super senior dia Fie-ra. Hah macam tula.

Untuk pelajar lelaki pula, mereka bebas memilih junior dorm mereka sebagai legacy, mungkin dorg cari rupa, perangai macam mereka, saiz macam mereka, kelas sama macam mereka. Tapi legacy lelaki paling suka aku nak ceritakan pasal legacy kopi. Senior nama Latee bagi adik dia nama Capucino. Lepastu Cappucino bagi nama Radix. Yang paling best, mereka tak panggil nama sebenar. Mereka akan menggunakan nama seperti Radix sepanjang disekolah ini dan melekat sampai sekarang. Ada yang legacy subjek, jenama sabun and macam2 lagi.


With classmates, Tegas


Dari segi pembelajaran, aku mmg tabik sebab banyak modul yang dikeluarkan oleh guru-guru untuk membuatkan murid mereka berjaya. Tapi duit pun banyak keluar lah untuk modul2 tersebut. Tetapi expectation mereka terlalu tinggi. Mereka assume semua yang masuk dalam sekolah tu pandai2 belaka. Bayangkan student ada 400 lebih per batch. 10 kelas pelajar tingakatn 4 dan 11 kelas pelajar tingkatan 5. Aku merupakan pelajar aliran sains teknikal. Sains teknikal ada dua kelas jela iatu Tegas dan Teguh. Aku pelajar kelas Tegas. 

Menjadi pelajar di sekolah ini memang seronok, kau mendapat tips2 belajar dari guru2 yang berpengalaman lebih dari orang, tetapi ada beberapa subjek yang aku blur teruk dan takley tgkp masuk, iatu Kimia dan Add Math. Pada saat ini aku sangat merindui sekolah lamaku. Kerana dahulu apabila kau tak faham guru akan layan kau seperti biasa, tetapi di sini guru expect kita genius dan ajar laju gila. Tambahan mental kau akan down apabila kau dikelilingi orang super pandai. Di saat Add Math kau mendapat 30% which is gagal, tetapi ada rakan2 yang mendapat 100%. Semua soalan di dalam modul Add Math sangatlah susah, apabila aku menanyakan soalan Add Math dari modul sekolah kepada salah seorang kawan ibuku. Beliau mengatakan level soalan modul aku sangat tinggi, dia kata soalan SPM nanti tak susah macam ni pun. So aku start beli buku soalan luar dan cuba untuk memahami basic. Sebab soalan dari modul sangatlah susah bagiku pada ketika itu.


Besties, dormmates 💗


Selain itu, sekolah terkenal dengan kisah hantu dan mistiknya. Contoh paling mudah, kan tadi aku cerita sentiasa bukak sesuatu majlis/perkara dimulai dengan al-Fatihah dan ada penutup. Menurut senior jika kita terus melakukan sesuatu tanpa membuka dan menutup akan ada "siaran ulangan" di belakang dewan makan. Contoh yang pernah terjadi kepada penari zapin sekolah, ada siaran ulangan pada tengah malam. Next kat sekolah ni tak dibenarkan menggunakan telefon selepas jam 11.30 malam. Berbeza dengan sekolah sebelum ni, still boleh call mak ayah ke buayafriend ke lepas bacaan Yassin. Di sekolah ini, pernah diceritakan oleh akak pengawas, ada student yang bergayut dengan buayafriend tetapi sebenarnya tgh bercakap dengan benda tu, sebab "buayafriend" tu tengah sengih kat dia.

Di sini menggunakan sistem rumah, ada Merah (Sarjana), Kuning (Punjangga), Hijau (Budiman) dan Biru (Bestari). Aku ada lah pelajar Bestari, dorm perempuan ada 7 setiap rumah and aku adalah penghuni Bestari 2. Dikhabarkan oleh senior batch 27, dia suka study sorang2 depan fishpond, and dia kerap mendengar tangisan dari dorm kami. Hahaha kami yang tidur dalam tu tak dengar pape pun. Hahaha. One more, dikatakan dahulu ada pokok besar gila kat sebelah blok bestari dan paling dekat dengan Best 1, dengar khabar kena tebang. Sejak kena tebang, dikatakan ada hantu mak and anak sering berlegar2 di antara Best 1 and Best 2. Aku adalah antara orang yang kena kacau ngan "budak kecik" tu. Setiap malam tepat pukul 3 pagi aku akan dikejutkan oleh benda tu. Dia menggegarkan katilku macam nak roboh. Mula2 aku husnudzon maybe kakak katil aku tidur lasak sangat sampai bergegar katil. Tapi aku still tak brani nak bukak mati, tapi tidurku yang lena dan dingin kipas direct kat aku, bertukar panas dan berpeluh2. Tiap malam macam tu. So ada satu hari tu, aku free masa siang, aku try baring kat atas katil kakak katil aku and try gegarkan dari bawah, and lasak semacam. Tapi tak effect pun. Hah kakak aku cekeding jek. Then, aku confused gila aku cerita kat dia. Kata dia lah, dulu masa dia junior masa tidur atas kat katil aku mengalami benda yang sama. Tiap malam katil kena gegar. Scary kot. Dah la katil tepi pintu macam penjaga dorm dah. Nasib gangguan aku gangguan jek, tapi sangat menggangu lena aku tiap malam smpai effect kat kelas. Kawan dorm aku pulak yang selang satu katil dari aku, gangguan dia ngan hantu budak ni, budak ni siap kacau dia tidur and betengek tepi katil tunjuk muka. Kau rasa ? Kalau malam2 kau rasa ada orang menyempit tido sekali kat tengah ke tepi, dia lah tu. Ada lah tu, esok2 baru tanya.


Antara minggu2 akhir before SPM start.


Dalam dorm aku ni banyak pantang larang, contohnya, kalau dorm kitorang bukak pintu luas2, dorm Budiman 2 yang menghadap dorm kami tak boleh bukak pintu luas2. Dikhabarkan cermin Budi 2 and cermin Best 2 sangat selari and menjadi "laluan" kepada benda tu. Lama-kelamaan senior pun alih sedikit kedudukan cermin, masih segar diingatan banyak kesan paku tuk alih cermin tu biar tidak dalam keadaan centre. Satu lagi pantang larang, tidak dibenarkan tidur dalam keadaan songsang. Semua kepala kena mengahdap katil hadapan. Songsang tu mknanya atas kepala korang tu beam. Menurut cerita kakak dorm aku, kat beam tu ada banyak benda tu bergayut. Kalau kita tidur kepala atas dia bergayut takut kena tindih and sesak nafas. Same to tidur ramai2 kat lantai tengah dorm, sangat2 tak dibenarkan. Dulu kat sekolah tidur ngan dormates kat tengah dorm memang heaven and merapatkan ukhwah. Hehe. Tadi ada cerita pasal bacaan al-Mulk kan, bacaan ni pulak kena baca betul2, jangan mengantuk,lutut ke lutut kena rapat buat pagar, sebab dikhabarkan dari dorm Pujangga, dormates baca dlm keadaan mengantuk ada benda duduk diantara mereka siap akan angkat tgn letak kat bahu dorang lagi, berambut panjang berwarna kebiruan2. Kawan aku tu dia memang boleh nampak, masa mandi pun dia nampak benda tu tengok dia dari atas tembok. Malam2 terpandang hutan pun boleh nampak.

Cerita hantu kat sekolah aku sangat banyak, ada nenek kebayan kisai tong sampah cari pad, ada penanggal kat subway (tempat basuh baju), pocong, eh banyak lah. Tapi aku berani cerita apa terjadi kat aku, and orang cerita direct kat aku jek. Sebenarnya ada kubur dalam sekolah kitorang padang kubur padang. Pernah hari minggu biro seranta huha bukak muzik, then tiba2 off. Rupanya ada jenazah masuk nak dikebumikan. Bunyik cam scary tapi tu hakikat.

Last aku nak cerita pasal crush, tipulah kalau tak pernah ada crush kan. Masa awal aku form 4 aku ada crush kat budak kelas Azam. Memang aku suka tengok dia, pakai spek, tinggi semua lah. Tapi dah nama crush sekejap jela. Lepastu aku crush kat senior, senior teknikal gak, tinggi, pakai spek. Mula2 aku dengar dia ada awek tapi dah clash. Tapi ade dormates crush kat dia gak. Aku kalau crush cmtu2 jek. Tapi ade gak yg cam crush kat aku, aku layan gitu2 aka friendzone kot. Takde yang menarik sangat pun, cuma aku macam berbalas when cuti akhir tahun form 4, senior tu add aku kat fb kitorang pun start la berkenalan. Hah sampai situ jela. Serba salah aku ngn dormates aku tu. hati perempuan kot. Tu jek kot. Nak cerita pasal sekolah ni, memang takkan habes.


Bestari di hati, even dah 6 tahun berlalu

Adios 💋

3 comments: