Friday, 31 March 2017

Kenangan Sebagai Pelajar Sekolah Part 2

Hai semua. Pada entry yang lepas aku telah kongsikan pengalamanku sepanjang menjadi student lower form. Banyak kenangan manis dan buruk pernah pernah terjadi kepada diriku ini. Entry kali ini ingin mengisahkan tentang pengalamanku sepanjang upper form pulak.

Selepas result trial keluar, aku telah memohon untuk memasuki mana2 SBP. Pada ketika itu hanya ada dua pilihan kot, which is dua2 aku letak sekitar Melaka je. MOZAC and SBPI Selandar. Selepas result PMR keluar aku berharap sangat untuk terpilih memasuki SBP yang aku dah mintak. Kebiasaanya panggilan untuk kemasukan pelajar tingkatan 4 baharu dalam minggu pertama bulan 2. Makanya, aku telah belajar di sekolah lama ku lebih kurang sebulan atau 5 minggu. Banyak telah ku pelajari. Menjadi seorang pelajar sains tulen + Lukisan Kejuruteraan menyebabkan jadual aku terlalu pack sehingga menyebabkan aku balik jam 4 ptg setiap hari. Pukul 4 tula nak solat zuhur, nak makan tengahari, nak sambung prep. Pada pukul 5 nak kena riadah lagi. Penatnya. Pada ketika itu aku berada di dalam kelas 4 Alpha, yang menempatkan seramai 53 orang pelajar yang mendapat straight A pada PMR lepas. Sangat crowded, kalau duduk belakang memang tak nampak whiteboard sampai cikgu mohon ramai2 cepat pindah SBP or MRSM. Pada ketika itu hatiku berbelah bahagi, macam mahu pindah and macam mahu stay. 

Menjadi pelajar aliran sains di sekolah biasa, banyak dibantu guru-guru jika kita tidak memahami akan sesuatu perkara. Kami diajar dan dilayan sebagai pelajar biasa ye bukan genius walaupun mendapat keputusan straight A PMR. Hampir sebulan aku berada di situ, aku pun mendapat surat tawaran kemasukan ke SM Sains Muar. Di mana ia bukan lah menjadi pilihan pertamaku, sekolah sains tu antara yang hebat pada ketika itu, kerana menduduki tangga ke-7 SBP dan tangga ke-2 dalam negeri Johor. Aku pulak sudah mencintai rentak belajar di sekolah biasa akhirnya dipaksa kedua ibu bapaku untuk masuk ke sekolah itu. 


Ni sekolah yang mencorakkan aku hari ini


Setelah aku menjejakan kaki kedalam sekolah itu, aku sangat jatuh cinta terhadap suasananya yang berdisiplin tidak seperti sekolah lamaku. Kami juga membiasakan diri untuk membuka majlis atau sesuatu perkara dengan Al-Fatihah dan ditutupi dengan suratul Asr dan selawat. Setiap petang sebelum solat maghrib kami dibiasakan untuk membaca al-mathurat secara berjemaah. Pada hari tertentu seperti Khamis, Jumaat, Sabtu. Kami akan membacakan surah-surah al-Quran secara berjemaah. Hari Khamis Yassin, hari Jumaat pula surah al-Jumaah dan hari Sabtu surah Waqiah/Rahman. Ahad sampai Rabu baca mathurat sahaja. Pada tiap malam sebelum tidur pulak kami dikehendaki untuk membacakan al-Mathurat with dormates secara berjemaah. Aku sangat merindui suasana ini. 

Di sekolah ini hanya terdapat pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 sahaja. Tetapi tiada masalah buli dan hubungan antara senior junior baik2 belaka. Pertuturan kata antara dormates juga sangat sopan, berbeza sewaktu aku bersekolah harian di Melaka yang sangat kasar pertuturan, dari situ aku mula berbudi bahasa terhadap semua orang dan tidak berkasar di antara satu sama lain. Di sekolah ini banyak istilah legacy dan suka untuk menurunkan sesuatu kepada legacy mereka. Jika di asrama perempuan sesiapa junior yang duduk di atas katil senior, mereka diibaratkan adik katil mereka dan merupakan legacy mereka. Segala perkara baik akan diturunkan kepada adik mereka. Tambahan juga kami akan diberikan registered name. Macam aku, registered name katil aku Gurt. Kakak katil aku yang bernama Zjiegurt (pronounce JIGURT) memberikan nama aku Zygurt (pronounce zaigurt). Legacy sebelum ni adalah Yogurt and aku memberikan nama kepada adik katilku Sagurt. Hah paham tak ? Contoh lain kawan katil aku nama legacy Fie-. So nama dia Fie-lia, kakak katil dia Fie-yo and super senior dia Fie-ra. Hah macam tula.

Untuk pelajar lelaki pula, mereka bebas memilih junior dorm mereka sebagai legacy, mungkin dorg cari rupa, perangai macam mereka, saiz macam mereka, kelas sama macam mereka. Tapi legacy lelaki paling suka aku nak ceritakan pasal legacy kopi. Senior nama Latee bagi adik dia nama Capucino. Lepastu Cappucino bagi nama Radix. Yang paling best, mereka tak panggil nama sebenar. Mereka akan menggunakan nama seperti Radix sepanjang disekolah ini dan melekat sampai sekarang. Ada yang legacy subjek, jenama sabun and macam2 lagi.


With classmates, Tegas


Dari segi pembelajaran, aku mmg tabik sebab banyak modul yang dikeluarkan oleh guru-guru untuk membuatkan murid mereka berjaya. Tapi duit pun banyak keluar lah untuk modul2 tersebut. Tetapi expectation mereka terlalu tinggi. Mereka assume semua yang masuk dalam sekolah tu pandai2 belaka. Bayangkan student ada 400 lebih per batch. 10 kelas pelajar tingakatn 4 dan 11 kelas pelajar tingkatan 5. Aku merupakan pelajar aliran sains teknikal. Sains teknikal ada dua kelas jela iatu Tegas dan Teguh. Aku pelajar kelas Tegas. 

Menjadi pelajar di sekolah ini memang seronok, kau mendapat tips2 belajar dari guru2 yang berpengalaman lebih dari orang, tetapi ada beberapa subjek yang aku blur teruk dan takley tgkp masuk, iatu Kimia dan Add Math. Pada saat ini aku sangat merindui sekolah lamaku. Kerana dahulu apabila kau tak faham guru akan layan kau seperti biasa, tetapi di sini guru expect kita genius dan ajar laju gila. Tambahan mental kau akan down apabila kau dikelilingi orang super pandai. Di saat Add Math kau mendapat 30% which is gagal, tetapi ada rakan2 yang mendapat 100%. Semua soalan di dalam modul Add Math sangatlah susah, apabila aku menanyakan soalan Add Math dari modul sekolah kepada salah seorang kawan ibuku. Beliau mengatakan level soalan modul aku sangat tinggi, dia kata soalan SPM nanti tak susah macam ni pun. So aku start beli buku soalan luar dan cuba untuk memahami basic. Sebab soalan dari modul sangatlah susah bagiku pada ketika itu.


Besties, dormmates 💗


Selain itu, sekolah terkenal dengan kisah hantu dan mistiknya. Contoh paling mudah, kan tadi aku cerita sentiasa bukak sesuatu majlis/perkara dimulai dengan al-Fatihah dan ada penutup. Menurut senior jika kita terus melakukan sesuatu tanpa membuka dan menutup akan ada "siaran ulangan" di belakang dewan makan. Contoh yang pernah terjadi kepada penari zapin sekolah, ada siaran ulangan pada tengah malam. Next kat sekolah ni tak dibenarkan menggunakan telefon selepas jam 11.30 malam. Berbeza dengan sekolah sebelum ni, still boleh call mak ayah ke buayafriend ke lepas bacaan Yassin. Di sekolah ini, pernah diceritakan oleh akak pengawas, ada student yang bergayut dengan buayafriend tetapi sebenarnya tgh bercakap dengan benda tu, sebab "buayafriend" tu tengah sengih kat dia.

Di sini menggunakan sistem rumah, ada Merah (Sarjana), Kuning (Punjangga), Hijau (Budiman) dan Biru (Bestari). Aku ada lah pelajar Bestari, dorm perempuan ada 7 setiap rumah and aku adalah penghuni Bestari 2. Dikhabarkan oleh senior batch 27, dia suka study sorang2 depan fishpond, and dia kerap mendengar tangisan dari dorm kami. Hahaha kami yang tidur dalam tu tak dengar pape pun. Hahaha. One more, dikatakan dahulu ada pokok besar gila kat sebelah blok bestari dan paling dekat dengan Best 1, dengar khabar kena tebang. Sejak kena tebang, dikatakan ada hantu mak and anak sering berlegar2 di antara Best 1 and Best 2. Aku adalah antara orang yang kena kacau ngan "budak kecik" tu. Setiap malam tepat pukul 3 pagi aku akan dikejutkan oleh benda tu. Dia menggegarkan katilku macam nak roboh. Mula2 aku husnudzon maybe kakak katil aku tidur lasak sangat sampai bergegar katil. Tapi aku still tak brani nak bukak mati, tapi tidurku yang lena dan dingin kipas direct kat aku, bertukar panas dan berpeluh2. Tiap malam macam tu. So ada satu hari tu, aku free masa siang, aku try baring kat atas katil kakak katil aku and try gegarkan dari bawah, and lasak semacam. Tapi tak effect pun. Hah kakak aku cekeding jek. Then, aku confused gila aku cerita kat dia. Kata dia lah, dulu masa dia junior masa tidur atas kat katil aku mengalami benda yang sama. Tiap malam katil kena gegar. Scary kot. Dah la katil tepi pintu macam penjaga dorm dah. Nasib gangguan aku gangguan jek, tapi sangat menggangu lena aku tiap malam smpai effect kat kelas. Kawan dorm aku pulak yang selang satu katil dari aku, gangguan dia ngan hantu budak ni, budak ni siap kacau dia tidur and betengek tepi katil tunjuk muka. Kau rasa ? Kalau malam2 kau rasa ada orang menyempit tido sekali kat tengah ke tepi, dia lah tu. Ada lah tu, esok2 baru tanya.


Antara minggu2 akhir before SPM start.


Dalam dorm aku ni banyak pantang larang, contohnya, kalau dorm kitorang bukak pintu luas2, dorm Budiman 2 yang menghadap dorm kami tak boleh bukak pintu luas2. Dikhabarkan cermin Budi 2 and cermin Best 2 sangat selari and menjadi "laluan" kepada benda tu. Lama-kelamaan senior pun alih sedikit kedudukan cermin, masih segar diingatan banyak kesan paku tuk alih cermin tu biar tidak dalam keadaan centre. Satu lagi pantang larang, tidak dibenarkan tidur dalam keadaan songsang. Semua kepala kena mengahdap katil hadapan. Songsang tu mknanya atas kepala korang tu beam. Menurut cerita kakak dorm aku, kat beam tu ada banyak benda tu bergayut. Kalau kita tidur kepala atas dia bergayut takut kena tindih and sesak nafas. Same to tidur ramai2 kat lantai tengah dorm, sangat2 tak dibenarkan. Dulu kat sekolah tidur ngan dormates kat tengah dorm memang heaven and merapatkan ukhwah. Hehe. Tadi ada cerita pasal bacaan al-Mulk kan, bacaan ni pulak kena baca betul2, jangan mengantuk,lutut ke lutut kena rapat buat pagar, sebab dikhabarkan dari dorm Pujangga, dormates baca dlm keadaan mengantuk ada benda duduk diantara mereka siap akan angkat tgn letak kat bahu dorang lagi, berambut panjang berwarna kebiruan2. Kawan aku tu dia memang boleh nampak, masa mandi pun dia nampak benda tu tengok dia dari atas tembok. Malam2 terpandang hutan pun boleh nampak.

Cerita hantu kat sekolah aku sangat banyak, ada nenek kebayan kisai tong sampah cari pad, ada penanggal kat subway (tempat basuh baju), pocong, eh banyak lah. Tapi aku berani cerita apa terjadi kat aku, and orang cerita direct kat aku jek. Sebenarnya ada kubur dalam sekolah kitorang padang kubur padang. Pernah hari minggu biro seranta huha bukak muzik, then tiba2 off. Rupanya ada jenazah masuk nak dikebumikan. Bunyik cam scary tapi tu hakikat.

Last aku nak cerita pasal crush, tipulah kalau tak pernah ada crush kan. Masa awal aku form 4 aku ada crush kat budak kelas Azam. Memang aku suka tengok dia, pakai spek, tinggi semua lah. Tapi dah nama crush sekejap jela. Lepastu aku crush kat senior, senior teknikal gak, tinggi, pakai spek. Mula2 aku dengar dia ada awek tapi dah clash. Tapi ade dormates crush kat dia gak. Aku kalau crush cmtu2 jek. Tapi ade gak yg cam crush kat aku, aku layan gitu2 aka friendzone kot. Takde yang menarik sangat pun, cuma aku macam berbalas when cuti akhir tahun form 4, senior tu add aku kat fb kitorang pun start la berkenalan. Hah sampai situ jela. Serba salah aku ngn dormates aku tu. hati perempuan kot. Tu jek kot. Nak cerita pasal sekolah ni, memang takkan habes.


Bestari di hati, even dah 6 tahun berlalu

Adios 💋

Thursday, 30 March 2017

Kenangan Sebagai Pelajar Sekolah Part 1

Hai, aku mendapat ilham dari rakan baikku untuk bercerita tentang pengalamanku sebagai pelajar sekolah. Kedua ibu bapaku merupakan seorang guru. Datukku juga merupakan seorang guru besar di beberapa sekolah di sekitar Melaka pada suatu masa dahulu. Nak dijadikan cerita, aku telah pergi kesekolah seawal 4 tahun. Awalkan aku sekolah, aku nak cerita perjalanan sekolah rendah. Tapi aku story short jela alam lower form dulu.

Tempat jatuh lagiku kenang


Berbekalkan 4A1B, aku telah memohon satu sekolah yang merupakan sekolah angkat negeri Melaka. Difahamkan sekolah itu hanya mengambil pelajar yang mendapat 4A dan 5A sahaja untuk program rancangan khas. Ada juga yang 3A tetapi tidak ramai. Sekolah itu terletak lebih kurang 45KM jauhnya dari rumahku. Istilah duduk jauh dari family boleh diguna pakai. Sewaktu aku mula mendaftar dapat kulihat riak ibu bapaku gembira kerana anaknya akan bersekolah di sekolah asrama. (aku tak paham lah selalu parent lain sedih). Aku diletakkan di dalam kelas 1 Theta. Kelas terakhir dari 5 kelas. Ada Alpha, Beta, Omega, Sigma and last Theta. Tu kelas sementara jek, sewaktu minggu orientasi di sekolah, kitorang dikehendaki untuk amik ujian. Ujian apa aku lupa, tapi ujian tu akan tentukan kelas kita nanti. Lepas ujian tu alhamdulillah aku dapat masuk kelas Alpha. Rakan-rakanku juga ramai yang dapat masuk sama kelas denganku.

Lower form ni aku agak terkejut, first sebab aku jauh dari ibu bapaku, so dah takde orang yang akan membebel tiap malam suruh aku study, second first time duduk asrama, makanya aku sangat penat. Korang boleh agak tak ape aku buat. Hah aku kaki tidur dalam kelas. Aku boleh tidur dari pagi smpai petang. Rehat pun aku tk bangun. Kelas geo aku tidur, sejarah aku tidur. Senang cerita semua lah. Tapi sains jek, aku bangun. And kan aku pernah cakap problem aku bahasa inggeris. Masa zaman aku dulu Sains and Math sekolah rendah dalam bahasa melayu lagi, aku adalah batch terakhir. Apabila aku masuk lower form aku agak terkejut banyak istilah aku tak faham. Sebenarnya subjek paling aku minat adalah sains dulu. So aku kena extra hard kalau nak skor subjek sains masa lower form. Disebabkan aku yang kaki tidur dalam kelas, masa kelas prep pun tidur maybe sebab penat kot. Akhirnya aku dapat no 23/25 dalam kelas and dalam aliran pun no 23 maka aku layak stay kelas Alpha next year. 

Walaupun aku kaki tidur, dalam diam aku isi form nak jadi Pengawas Sekolah. Hehe. Jap gi aku cerita. Sebenarnya aku nak jadi librarian gak, tapi kitorang semua budak perempuan anti cikgu library tu. Makanya batch kitorang satu perempuan takde librarian. Library sekolah ni best aircond sejuk gila. Tidur dalam tu sedap. Banyak buku baru. Paling aku suka novel Harry Potter and Dear Yayah. 

Ni geng2 wat keje gila

Berbalik pada pengawas sekolah, kenapa nak jadi pengawas ? Sebab aku nak aktifkan diri, banteras buli, aku tak suka pakai baju putih, aku dah pernah jadi librarian. Simple kan. Sebab masa form 1 agak teruk kena buli sampai rasa nak berhenti sekolah, tapi ayah aku suruh sabar sebab, nanti bila kita dah senior orang tak kacau kita. So bila aku dah isi form, aku kena interview and jadi pengawas percubaan dulu. Nak dijadikan cerita aku dapat selesaikan kes pergaduhan dalam toilet perempuan yang melibatkan tarik rambut dan tudung beberapa pelajar, cikgu disiplin kena masuk campur sekali kot. Berbekalkan with good result in exam. Aku terus dapat jadi pengawas. Hahahahaha

So what happen in form 2, hah ? Aku menyesal sebenarnya kenapa masa form 1 asyik tidur. banyak benda aku kena catch up balik bila form 2. Masa ni subjek favorite aku KH- Perdagangan sebab aku suka akaun. Satu lagi aku suka sejarah. Pada hujung tahun aku mula meminati Geografi selepas habis aku catch up yang tertinggal. Sumpah geografi form 1 berat gila. Banyak sangat pasal hutan bagai. Pada hujung tahun form 2 no aku dalam kelas around lima terakhir dalam kelas. Disebabkan ramai budak ex SBP pindah msok kelas aku, makanya aku terkeluar ke kelas 3 Beta pada tahun hadapannya, kerana cikgu nak 25 student jek every klass. Ibu aku memang bising gila lah. Aku and kawan baik aku turun kelas. Seramai 9 orang tak silap turun kelas. And ibu aku lagi bising apabila telefon bimbitku dirampas guru disiplin. Dah la turun kelas, henset kena rampas.

Benda jahat masa form 2 aku buat ialah teman kawan dating ngan adik angkat malam-malam sebelah tangki. Dengar tangki tu tempat bunian. Tapi still aku temankan. Nasib tak kena sorok. Lepastu fly keluar beramai-ramai dengan kawan aku, saja2. Faham tak saja2. Hahahaha. Aku kurang buat benda jahat sebab aku pengawas sekolah. Jahat aku tidur dalam kelas and baca novel dalam kelas sorok dengan buku teks. Lepastu aku ada adik angkat lelaki comel gila and ada adik angkat perempuan. Aku ada abang agkat and kakak angkat jugak. Hahaha kat sekolah jek zaman berangkat2.

Masa aku form 3 lah aku simpan angan2 nak masuk SBP sangat2, mana2 SBP pun jadilah. Aku belajar dalam diam. Masa kawan aku tidur aku study. Masa kawan aku study aku tidur. Sampai kawan aku tuduh aku ni tk reti study. Masa trial PMR aku dapat 6B 1C. What the fish. Yang dapat B almost A kot. Ayah kata takde rezeki. Tapi ibu aku sedih. Hah cerita pasal C. C tu subjek BI. And macam nampak bayang result PMR 7A1B. Yela byk nak cover masa zaman banyak tidur and mainkan. Lagipula aku Bi masok kelas SET C, which is masa ujung Form 2, aku dapat 60 mark BI, means paling teruk dalam kelas ALPHA so aku tercampak kat SET C, budak dalam kelas OMEGA yang dapat 60 gak, which is paling tinggi dalam kelas dia masuk SET A. Aku macam. Arrghhh. Dalam set C ni budak2 dia jenis main2. Kalau kau fokus nanti kau kena nganjeng. So aku mmg down gila nak study BI. Tapi lepas trial dapat C. Aku nekad belajar Bi betul2. Ibu aku hadiahkan aku buku grammar sebagai hobi masa lapang dengan kamus baru sebagai inspirasi. Arwah cikgu BI aku Madam Favilah pernah berkata, If you want to score English, try to love it first. I suggest you translate everything in your exercise book even you know the meaning. You guys nak tahu soalan pun aku translate. Aku makin rajin buat karangan Bi and suruh madam check. Tambahan aku buat jugak jadual untuk subjek lain. Kiranya masa tu aku nekad gila nak keluar dari sekolah tu. Kat katil aku penuh aku conteng nak masuk SBP ahaha.


Korang boleh bayang yang kaki tidur dulu bawak buku pergi surau, masa makan, masa roll call, masa jaga block, masa perhimpunan. Alhamdulillah PMR aku boleh jawab dengan jayanya dan telah mendapat 8A. Woohoo satu kepuasan. tapi kawan2 ramai tak percaya dengan aku, sebab aku study sorok2 kot. Hahaha. Tapi aku paling jahat masa lepas PMR ni lah, aku ponteng segala aktiviti yang sekolah susun untuk pelajar form 3. Aku menyorok kat dalam bilik rahsia kat library sampai kena banned tak boleh masuk library, Pernah lepak kat surau masa sekolah sampai kena marah ngan ustaz. Pernah lepak kat dewan peperiksaan sampai kena gugar pintu dewan. Banyak tempat dan banned aku and kawan2. So kitorang pergi sekolah sekejap, pukul 8.30 dh nak balik siap  beli nasi goreng and sky juice kat kantin and menapak balik, duduk bilik prep bawah, nak naik dorm pintu grill kunci. Sorok kasut kat dalam, makan nasik then tidur bawah meja. Kahkahkah. Aku lebih jahat apabila aku telah menghilangkan diri seminggu awal dari tarikh cuti sekolah, alasan air takde, and takde sbb aku nak stay. Lagi lama aku stay lagi banyak dosa aku buat. Hahahaha. Paling best ibu aku sokong jek aku balik awal. Tapi paling win, ada seorang guru ni pernah mendoakan benda yang tak baik kepada kami, kerana kami sumpah seranah di tangga. Pasal pantat kuali kot. Itu sahaja kot sampai lower form dulu jela. Ni pun dah panjang sangat. Tapi boleh aku katakan, aku sangat merindui zaman lower form aku sangat2. Alhamdulillah aku still contact and lepak ngan kawan2 aku ni.

Adios.


University Life



Hai, harini nak cerita pasal kehidupan di universiti tidaklah seindah yang disangka seperti yang kita lihat dalam drama2, jalan cerita novel mahupun imaginasi kita sendiri. Hakikatnya, nak tengok student kita lepak study atas rumput pun susah sebab panas yang melampau, bawak buku berat2 lepastu konon2 terlanggar jodoh, hakikatnya nak beli buku pun kau kedekut sanggup pinjam org atau photostat sekecik2nya. Semua yang indah2 itu hanyalah di dalam drama2 melayu sahaja. Hahaha. 

Belum cerita awek2 kt uni ni, lagi2 course engineering. Tak sempat nak pakai baju kurung jubah ke hape, kau pakai baju kurung and heels, kau dah takley msok lab. Alasan technician nanti harga hantaran jatuh. Makanya, pakai la kau tshirt buruk and jeans lusuh with shawl yg tkya iron. Nak pakai mekap pun susah melainkan kau diva, and kau perlu bangun 2 jam awal tuk bersiap kakaka. Kalau kelas kau selalu start pukul 8. Kau subuh gajah pukul 7. Kau rasa sempat kau nak siap ? Makanya, muka kau pakai bedak and gincu/lip balm jela. Kalau pakai mekap tebal sikit. Kau kena bash ngan budak lelaki. Typical student engineering. 

Pengalaman lain aku adalah bila dah masuk uni ni, perempuan lelaki semua sama jek, berebut naik bas macam main ragbi, beli makanan pun berebut macam apa. Hilang terus keayuan uolls. So, kalau ada lelaki jatuh cinta kat korg yg student engineering yg selekeh ni, maybe he is your true love kot. Sebab dia ley terima semasa zaman kau hodoh sebab tak bergaya macam student ikom or media ke apa. Well, ada budak twitter pernah kata jangan kahwin ngn budak engineering sebab dorg selekeh. Selekeh pun belajar susah nak mati weyy. And satu lagi suka aku nak kata, kalau kerap sangat taruk mekap nanti dah tak berseri bila tak pakai mekap. Bila mekap kahwin  nanti pun dah tak naik seri.

Belum cerita lagi hectic week yg always happen nak cuti midsem, cuti sem or final year. Dia punya banyak project and lab report, assignment yg nak kena submit. Betapa banyaknye test yang susah gila baby, test yang berderet sampai tak cukup nafas, lab report yang menimbun every week sangat membosankan and banyak lagi. Masa aku final year diploma, aku pernah tak tidur tiga hari tiga malam kot disebabkan oleh fyp aku. Koyak mental aku, rabak mata. Selepas hari aku collapsed dan tidur lama gila. So kepada sesiapa yang mengharapkan kehidupan uni yang indah2, aktifkan diri join kelab persatuan, join kem sana sini dari situ kau akan merwarnai kehidupan di universiti yang serba kekurangan ini. Aku aktif tapi tak terlalu aktif. Kalau kem yang berjalan jauh, jumpa budak u lain aku suka ikut. Dari situ je aku nak create memories with friends and meet new friend around the Malaysia.

So conclusion kat sini, pandai2 kau manage cara kau belajar kat uni. Silap langkah badan binasa. Study smart not work hard. Be active and spread your love. Hahaha takde kena mengena.

Adios.

Wednesday, 29 March 2017

Keyboard Problem ?

Hai, harini nak cerita pasal bro_laptop yang ada kt blok Bumita ni. Bro ni memang kerja dia tolong baiki laptop orang, siap ada insta dia sendiri. Kalau nak follow boleh la follow @bro_laptop. So nak jadi cerita masa buat lab tadi, aku bawak lappy aku ni. Actually dah seminggu gak aku tak bukak lappy sebab aku sedih lappy aku macam problem sikit. So aku bawak gak, mana tahu member laki boleh tolong. And depan member aku tu, lappy aku still prob sampai menggangu process wat lab tu. Then, one of our friend suggest follow la bro_laptop ni. Aku follow and aku ambil no wasap dia. Aku wasap ajak jumpa kejap. Dia kata tunggulah kejap lagi dia datang. Member aku ni pulak kata, masa dorang wasap nak tanya pasal lappy, lambat gak reply. Ahahaha. So nak jadi cerita sampai buat entry adalah. Sebelum bro tu datang lappy ni meragam. Masa bro datang and touch lappy aku ni. Terus elok. Semua segala problem yang menghantui aku seminggu dua ni lesap. Sampai aku malu wasap bro tu. Siap restart berkali2 nak tunjuk problem sebenar. Thanks bro. Sebab tangan bro, elok terus laptop saya. Tak payah bwk repair dalam bilik bro. Actually problem aku pasal keyboard aku kat arrow key problem. So bila aku menaip, dia akan lari2 kedepan and mana2 dia suka. Thats why aku merajuk lama taknak bukak laptop aku. Bro ni banyak gak berjasa kat budak2 UniMAP kat blok Bumita ni serasa aku la. Banyak feedback dalam IG dia. So ni sahaja cerita aku pasal bro_laptop.


follow @bro_laptop

Sunday, 19 March 2017

Make-up ?

Hai, harini aku nak cerita pasal mekap. Aku memang jarang nak bermekap. Senang cerita aku akan mekap kalau orang lain mekapkan. Selalunya bila big occasion macam hari raya, convocation day aku suruh lah adik aku mekapkan. So, itulah seorang gadis yang tak reti nak mekap. Cukup lah pakai bedak and lip balm jek. Dah nama pun budak engineering yang asyik pegang mesin and bakal kerja kat kilang. Mekap is not my style lebih-lebih lagi when i woke up late for class every morning. OH NOO.

So, selalunya adik aku yang no dua selalu mintak aku tadahkan muka utk dimekapkan, alasan utk asah skills. Tak kurang jugak member baik aku mintak aku tadahkan muka untuk dimekapkan. Aku on jek as long as it will become nice for my eyes and for my future husband. Oppss. Bagi aku tak reti bermekap sekarang takpe kot, nanti lepas belajar aku pergi lah kelas mekap. Or maybe nanti lama-lama tahu la sendiri. Sebab member aku cerita, mekap ni maintenance tinggi. Beratus lah jugak habis utk beli brg mekap. Tambahan juga, bila bermekap kerap, orang kata lah. Nanti hilang seri pengantin. HOHO.

Nak dijadikan cerita, tadi kami study tapi mood tak sampai. Sorang belajar subjek mechanics. Sorang belajar subjek signal ape kejadahnya. So kawan aku ni bosan, dia nak mekap kan aku. Sebab dia tak pernah tgok aku mekap. Selama ni adik and kawan lain mekap. Aku pun on jela. Haha bermulalah aksi geli geleman kena touch. Tak boleh bayang nanti kalau mak andam tu nanti tak diketahui jantina nak mekapkan aku. Mahu menjerit aku kena touch masa tu kot.

So, ni lah hasilnya.


ni gambar candid, masa kawan suruh senyum aku duk tgok henpon

After mekap kita selfie2 sikit dan mengkangumi ciptaan tuhan. Lepas dah puas hati amik kapas and mekap removal cuci mekap tu. So tulah kisah aku gadis yang tak reti mekap dimekapkan member. Biasalah nama pun student engineering. Hehehe sorry bakal husband. 

So ni antara selfie tadi.


Hi I'm Elena Park.
So, itu sahaja untuk entri hari ni. Hope you guys enjoy reading.


Adios.

Saturday, 18 March 2017

Long Distance Relationship

Kebanyakan percintaan jarak jauh yang kita dengar selalu diakhiri dengan pergaduhan dan kemusnahan akibat tiada lagi persefahaman dan wujudnya orang ketiga. So harini aku ingin berkongsi mengenai 10 Tips Percintaan Jarak Jauh and hopefully boleh membantu pasangan yang sedang berjauhan.

#1 Saling Mempercayai Cinta Masing-masing


Dalam setiap percintaan, kepercayaan antara anda dengan si dia amatlah penting. Tambah-tambah lagi sekiranya anda berdua terpaksa berjauhan. Akan ada ketika dan waktu anda dan si dia diuji bila berjauhan dan kekuatan cinta serta kepercayaanlah yang memainkan peranan yang besar pada waktu itu. Andainya sudah tiada kepercayaan dalam cinta, maka musnahlah sebuah perhubungan yang terbina.
Janganlah pernah wujud perasaan ragu akan cinta si dia.

#2 Berdoa Agar Hubungan Diredhai dan Kekal Bahagia


Selepas menunaikan solat, sentiasalah berdoa kepada-Nya agar si dia yang jauh nun disana sentiasa sihat dan gembira serta hubungan cinta anda diredhai dan kasih sayang antara anda semakin bertambah. Walaupun si dia tidak mendengar doa anda itu, tapi Insyallah si dia tahu anda sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan cinta anda berdua.

#3 Setia dan Jujur Dengan Si Dia


Berjauhan bukanlah satu tiket untuk anda bebas berpasangan dengan sesiapa. Ia juga bukan sebagai sebab untuk mengatakan anda masih single/bujang kepada kawan-kawan anda.
Banyak perhubungan yang kecundang disebabkan ketidakjujuran antara satu sama lain bila berjauhan. Mereka jatuh cinta kepada orang yang terdekat yang cuba bertindak sebagai pengganti pasangan dengan mula menunjukkan sikap mengambil berat kepada mereka.
Mungkin anda berkata, “Alaa si dia jauh. Bukannya si dia tahu apa yang aku buat”. Andai kata si dia pula yang bertindak sedemikian kepada anda, apakah yang anda akan rasa? Cuba letakkan diri anda di dalam situasi itu. Apakah perasaan anda ketika anda mengetahui si dia berpancaran dengan orang lain dibelakang anda? Semestinya anda tidak mahu kan?

#4 Selalu Berkomunikasi


Komunikasi adalah salah satu aspek elemen yang penting dalam sesebuah perhubungan. Miscommunication atau salah faham sewaktu berkomunikasi juga boleh merosakkan hubungan anda.
Zaman sekarang sudah ada pelbagai komunikasi- whatsapp, mesej, call, internet, webcamvideo call, YM dan bermacam-macam lagi.  Ambil masa 5 minit untuk menghubungi si dia dan bertanyakan khabarnya. Ini menunjukkan bahawa anda mengingatinya walaupun berjauhan di samping dapat mengubati rindu di hati masing-masing.
Dan kalau anda rasa nak lebih romantis, anda boleh menggunakan cara lama untuk berhubung iaitu dengan mengutus surat. Mungkin nampak kurang relevan untuk zaman sekarang tapi percayalah, ianya akan membuat pasangan anda merasa lebih dihargai dan sangat istimewa buatnya. 

#5 Luahkan Perasaan Anda


Mungkin anda malu untuk meluahkan perasaan bila berdepan dengan si dia. Mungkin anda seorang yang pendiam sewaktu dengan si dia. Ambil kesempatan ketika berjauhan ini untuk meluahkan perasaan anda kepadanya.
“Abang, ayang sayang kat abang sangat2”
Dan bagi suami isteri pula, anda boleh mesej kepada si dia dengan fantasi-fantasi seks yang mungkin anda malu nak bercakap sewaktu bersama. Ini akan membuatkan si dia tidak sabar untuk pulang dan berjumpa anda nanti.
Walaupun ada yang menganggap meluahkan perasaan ini satu perkara yang tidak penting, tetapi sebenarnya ia memberikan impak besar kepada si dia dan dan dalam perhubungan.

#6 Bertemu-janji




Sudah pasti bila berjauhan, masing-masing merindui satu sama lain. Walaupun si dia berada nun jauh di utara dan anda pula berada di selatan, carilah masa lapang atau pada waktu cuti yang sesuai. Ambillah kesempatan untuk berjumpa atau melawat si dia. Korbankan sedikit kepenatan untuk berjumpa dengan si dia tercinta seketika. Jadikanlah pertemuan seketika itu sebagai satu salah satu lagi kenangan terindah antara anda berdua. Namun sekiranya anda masih belum berkahwin, jagalah batas pergaulan masing-masing sewaktu berjumpa.

#7 Berikan Hadiah Dan Kejutan

Hadiah
Sesekali selitkanlah elemen kejutan dalam perhubungan anda bagi mengelakkan hubungan cinta anda berasa bosan. Berikan hadiah atau apa-apa kejutan kepada si dia terutama ketika tarikh-terikh penting seperti harijadi dan ulangtahun perkahwinan. Dan lihatlah reaksi si dia sewaktu si dia menghubungi anda kemudian. Pasti anda akan merasa bangga dengan apa yang anda lakukan untuk si dia.
Orang kata ‘Walaupun jauh dimata tapi tetap dekat dihati’.

#8 Wujudkan Persefahaman Dan Tolak Ansur


Ramai orang mengabaikan point ini. Tanpa persefahaman dan tolak ansur antara anda dan si dia, hubungan anda berdua akan kecundang ditengah jalan. Contoh yang paling mudah adalah banyak pasangan yang bergaduh bila mesej ataupun panggilan mereka tiada respons sedangkan yang sebenarnya adalah si dia ada kerja/kelas.
Sebenarnya tidak salah sekiranya anda berkongsi jadual kerja/kelas antara denagn si dia supaya anda tidak menganggunya ataupun sebaliknya.
Anda tidak semestinya sentiasa mahu bergaduh dengan si dia dalam phone kan?

#9 Jangan Mengongkong


Di Korea, ada seorang wanita yang terlalu mengongkong pasangannya disebabkan jarak mereka yang jauh. Wanita tersebut memasang CCTV di tempat pasangannya bekerja bagi memantau aktivitinya. Dan pasangannya juga perlu mengambil gambar setiap masa setiap kali bekerja di luar ofis sebagai bukti bahawa dia sedang bekerja di luar.  Dan walaupun pasangannya berasa terkongkong dan rimas, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu sayang dan cinta akan wanita tersebut.
Mungkin anda dapat membuat kesimpulan sendiri berdasarkan kisah pasangan Korea tersebut. Janganlah terlalu mengongkong si dia secara berlebihan kerana anda sendiri sudah tentu tidak suka sekiranya si dia mengongkong anda pula. Berikanlah ruang untuk si dia bergaul. Disinilah kepercayaan dalam cinta tadi memainkan peranan.

#10 Jangan Cemburu Buta


Mungkin ada ketika akan tersebar khabar angin mengatakan si dia telah mendapatkan pasangan baru. Jangan sesekali mempercayainya dengan mudah kerana ia boleh memudaratkan perhubungan. Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang cuba menganggu hubungan anda. Seelok-eloknya bawalah berbincang. Tanyakan tentang khabar angin itu adakah ianya benar. Sekiranya si dia cuba menipu anda, anda akan dapat detect kerana anda mengenali si dia kan.
Percintaan jarak jauh amatlah menguji kesetiaan dan kasih sayang sesebuah perhubungan. Berjauhan juga bukanlah satu alasan untuk tidak bercinta lagi. Semaikanlah cinta anda dengan baja kasih-sayang, percayai satu sama lain dan tolak ansur, Insyallah cinta anda akan berkembang dengan mekar di dalam hati  walaupun masing-masing jauh di mata 
Walaupun jodoh itu adalah rahsia Allah, tapi kita kenalah berusaha dan menjaga cinta kita. Insyallah.


  • cinta jarak jauh
  • tips cinta jarak jauh
  • bercinta jarak jauh
  • tips bercinta jarak jauh
  • cara bercinta jarak jauh
  • percintaan jarak jauh

Thursday, 16 March 2017

SPM Bukan Segalanya

Hai adik-adik semua. Disebabkan harini result SPM 2016 keluar, saya ingin mengucapkan tahniah kepada yang berjaya dan cuba lagi di alam universiti atau pra u kepada yang kurang berjaya. Entri ini ditulis utk memberi sedikit nasihat dan pendapat  kepada yang tidak berjaya mendapat straight A dalam SPM. Umum mengetahui, kalau pandai je straight A. Kalau anak sekolah SBP, MRSM je mesti straight A. Kalau dapat 6A, 7A je jadi soalan sensitif dan malu dikongsi. STRESS KAN ?

Tahukah kalian, hanya di Malaysia sahaja mengukur kepandaian seseorang melalui bilangan A. Berbeza pula di sekolah harian biasa, mendapat 6A,7A merupakan bonus kepada mereka.Apatah lagi yang mendapat 7A ke atas kan. Boleh bayangkan layanan macam mana. Mereka diangkat sekolah sehingga mendapat anugerah pelajar cemerlang, menerima wang saguhati dan sebagainya. Manakala pelajar-pelajar yang tidak berjaya mendapat straight A di sekolah "berprestij" itu tidak dipandang sama sekali. Sehingga menyebabkan mereka menyalahkan diri sendiri dan menangis dua hari dua malam. Mereka merasa tidak yakin diri dan merasakan diri mereka tidak bijak.

Kenapa mereka rasa tak yakin diri ? Sebab masa sekolah dulu selalu dimomokan kalau nak belajar engineering jek Fizik kena A, add math kena A. Senang cerita straight A la. Kalau yang nak jadi doctor pun kena straight A. Bila once kita dapat lower than teacher expectation. Kita jadi down, kita rasa tak layak masuk U sekian2, asasi tak layak (layak), matrik tk layak (lg layak).

Kisah Benar 

Aku merupakan pelajar SBP (tempat dirahsiakan) yang mempunyai student form 4 dan form 5 sahaja. Aku merupakan pelajar sains teknikal yang cemerlang subjek2 sains teknikal, tetapi tidak berjaya mendapatkan straight A. Parent aku sgt kecewa dengan result aku and menyebabkan aku down gila-gila sampai menyorok menangis dua hari dua malam. Pada malam keluar result tu, aku dengan diam-diam membuka laman web UPU, and aku tukar semua program asasi sains, asasi law bagai, aku letak diploma in engineering kat beberapa U and diploma in law last sekali. Itu je pilihan terakhir aku kalau nak belajar engineering. 

Pada saat tu aku rasa result aku teruk gila dah. And aku try to move on. Aku sambung kerja mcm biasa. Sampai mak aku bising sebab aku masih tak dapat belajar macam student lain. Selalu budak keluaran MARA lau trial elok belajar awal. And one day bila matrik panggil untuk masuk, aku taknak pergi and terus kerja sampai parent aku risau. Aku rasa aku tk layak matrik. Sebab masatu mindset aku budak yang masuk matrik pndai2. Result aku teruk kot. And one day aku dapat tawaran belajar kat utara Malaysia. Ambil Manufacturing Engineering. Pada saat aku menyerahkan dokumen-dokumen aku kepada petugas school aku. Beliau mengatakan result aku cemerlang. He's the first person told me like that. Even my parent don't say anything. (but still give me a laptop as spm present) Then he said, ni memang mintak sini ke kena campak sini. (Gelak jahat) And aku cakap la mmg aku mintak sini. Lepastu dia kata belajar rajin-rajin and dapatkan dean list. 

Makanya, di saat kawan-kawan aku ramai menyambung matrik dan asasi, aku sedang bertungkus lumus menghadapi kehidupan pelajar universiti seawal 18 tahun. Semakin lama aku belajar, result spm sudah kulupakan. Rata-rata student yang belajar disini terdiri dari pelajar SBP and MRSM yang tak dapat straight A tapi still hv effort nak belajar course ni. Selebihnya pelajar dari sekolah harian biasa yang cemerlang dimata guru-guru mereka. Pada pendapat aku lah, kalau kau tak cemerlang macam mana kau masuk U kan. Apabila kau kat U, pointer kau bukan based on result SPM kau bagus ke tak. Pointer kau based on kau belajar ke tak, kau buat kerja ke tak, kau datang kelas ke tak.

Ada pelajar tu dulu 7A SPM, tapi selalu tuang kelas, assignment tak buat, banyak lah mengelat. Kasihan dia quit belajar sebab subjek engineering tough, lagi2 subjek mechanics.

Pelajar ni pulak, dulu dia 3A jek SPM, tapi rajin serba-serbi. Alhamdulillah she's score her diploma. Now, dia sambung degree and got dean list for last semester (sem 4). I'm so proud of her. Because she is one of my best friend.

And aku yang konon-konon result SPM teruk ni tengah sambung degree sekarang. Amik engineering lak tuh. Kalau habis sem ni, insyaalah sem depan naik tahun 3 dah. Aku habis belajar lambat setahun dari kawan-kawan aku yang masuk matrik. Even till now i still ashamed to come back to my school and give advice to my super super junior. Bak kata kawan aku, kita ni bukan produk straight A, tkya datang sekolah lah lau wat event macam tu. Buat malu kita je.

So conclusion kat sini. SPM bukan penentu masa depan. Ia adalah sekadar penentu kau nak dapat scholarship ke tidak and nak mendapat tempat di UA ternama seperti UM,USM dan sebagainya. Ia cuma tiket awal utk masa depan yang cerah. Dorang baru tempah je macam-macam boleh berlaku. Nasihat terakhir pilih course mengikut minat kita bukan sebab ikut kawan or sebab parent nak. Tapi kadang-kadang apa parent nak itu yang terbaik utk kita jgk. Kita yang nak belajar kalau kita tak ikhlas suka course tu macam mana kita nak berjaya kan.

Sorry kalau ada terkasar atau tersilap bahasa dalam entry ni :)

Adios.


Nota kaki :
Saya terjumpa satu laman web bertajuk afterschool sesuai untuk para graduan sekolah menengah (SPM la). Terfikir untuk berkongsi bersama buat para pelajar lepasan SPM. Maklumat dan berita yang disediakan juga terkini dan informatif.

Bagus juga ya untuk mereka yang masih tercari-cari hala tuju ke mana perlu pergi selepas habis sekolah. Kalau saya dahulu, kaunselor sekolah sahajalah tempat bertanya. 


Wednesday, 15 March 2017

Ketagihan Nescafe

Peminat nescafe mesti rasa nak bancuh nescafe kan sekarang ?
Hai, hari ni nak cerita pasal nescafe. Sebab aku akan consumed nescafe setiap pagi. Kalau aku missed sekali, aku mesti akan badmood, buat kerja pun tak produktif, sukar fokus. But when I get a sip of nescafe. Woah, i feel like energetic, can focus to my work or study, becomes active suddenly. 

So, disebabkan nescafe ni dah macam drug untuk aku. So aku buat la sikit research. Aku buat research pun sebab ramai kawan kerja and member baik suruh stop minum drug yang satu ni. Tetapi utk nescafe addicted, nak berhenti tu punya la seksa. Seksa macam mana ? Ok kejap lagi aku cerita okay..



Ok back to my research. Kafein ni rupa-rupanya sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun or biji beberapa jenis tumbuhan. Dadah ? Drug ? So aku ni penagih dadah la kan? Kihkihkih. Kafein juga boleh dihasilkan secara tiruan (yang ni maybe macam perisa tiruan tu la kan)  ianya boleh ditemui dalam biji kopi, daun teh dan biji koko. Oh ya, baru aku tau, minuman berkarbonat cola juga ada kafein. huhuhu. 

So, kesan kafein ni memang boleh rasa selepas kita telan. Ikut jumlah yang kita ambil la kan. As for me, kalau aku minum se-mug besar tu, memang terus rasa la yang aku jadi bertenaga, tak ngantuk dan yang paling best, aku jadi aktif semacam. Serius. Aktif gila kot sampai tak boleh duduk diam. Pernah aku cuba stop minum tapi sakit yang aku dapat ada lah. Seperti migrain, gastrik, lesu, lemah. Tapi ada member yang dah berjaya stop minum. Dia kata kat aku kita kena stop minum 5-7 hari baru kita tak ketagih lagi dah hah. Aku nya style lau aku stress aku minum nescafe terus hilang stress, ibarat macam lelaki dan rokok lah.

So kafein ni ibarat dadah perangsang pada tubuh badan manusia. Ianya merangsang otak dan sistem saraf pusat then bertindak ke jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Oh ya, ianya juga boleh menyebabkan dehidrasi. Yang ni betul la kot. Rasanya aku kejap kejap ke toilet. Dah tu aku kurang minum air masak. Dehydrated la aku. 

Kafein juga akan sebabkan ulser akibat asid yang terdapat didalamnya. Yang ni mungkin betul juga sebab everytime aku minum, perut akan terasa pedih. Hohoho. Jantung jugak akan menjadi tak menentu, berdegup pantas, rasa macam nervous tak tentu pasal dan tak selesa. Jantung akan jadi laju kan. 

So, sesiapa yang ketagih kafein tu harap dapatlah dikurangkan sebab bila kita dah terlalu bergantung dengannya, then bila one day kita tak minum, kita akan jadi lesu, mengantuk dan sakit kepala di mana ianya memang betul-betul jadi kat aku.

Alhamdulillah, cuti midsem haritu aku dah stop minum nescafe hari-hari. Aku buat cara macam kawan aku suruh. Stop minum for 5-7 days. Mmg sakit sikit. Tapi kalau dah nama cuti midsem kau bukan aktif sgt pun kan. Boleh sgt nk cuba hilangkan ketagihan. Aku dalam sebulan aku rasa sekali dua jek aku ambil compare than dulu sehari 2-3 cawan pun boleh. Tapi aku sekarang beralih arah ke black coffee pure. Nyumm. No kafein tiruan. 

Adios.

#nescafe #ketagihannescafe #coffeelover

Tuesday, 14 March 2017

New Phase of My Life

Hi, I'm not really to introduce myself, but this is not first time I'm blogging. I just want to start a new phase in my life and start blogging again since I never blogging since 2013. So a little introduction about me. I'm a girl, who is studies in North Malaysia. Taking a degree in engineering and still not graduated yet. My hobbies are playing games, watching korean dramas, blogwalking and of course reads novel especially fixi. I have a lot of fixi novel at home. Maybe thats all for now. You will know about me more through this blog.

Adios.