Thursday, 30 March 2017

Kenangan Sebagai Pelajar Sekolah Part 1

Hai, aku mendapat ilham dari rakan baikku untuk bercerita tentang pengalamanku sebagai pelajar sekolah. Kedua ibu bapaku merupakan seorang guru. Datukku juga merupakan seorang guru besar di beberapa sekolah di sekitar Melaka pada suatu masa dahulu. Nak dijadikan cerita, aku telah pergi kesekolah seawal 4 tahun. Awalkan aku sekolah, aku nak cerita perjalanan sekolah rendah. Tapi aku story short jela alam lower form dulu.

Tempat jatuh lagiku kenang


Berbekalkan 4A1B, aku telah memohon satu sekolah yang merupakan sekolah angkat negeri Melaka. Difahamkan sekolah itu hanya mengambil pelajar yang mendapat 4A dan 5A sahaja untuk program rancangan khas. Ada juga yang 3A tetapi tidak ramai. Sekolah itu terletak lebih kurang 45KM jauhnya dari rumahku. Istilah duduk jauh dari family boleh diguna pakai. Sewaktu aku mula mendaftar dapat kulihat riak ibu bapaku gembira kerana anaknya akan bersekolah di sekolah asrama. (aku tak paham lah selalu parent lain sedih). Aku diletakkan di dalam kelas 1 Theta. Kelas terakhir dari 5 kelas. Ada Alpha, Beta, Omega, Sigma and last Theta. Tu kelas sementara jek, sewaktu minggu orientasi di sekolah, kitorang dikehendaki untuk amik ujian. Ujian apa aku lupa, tapi ujian tu akan tentukan kelas kita nanti. Lepas ujian tu alhamdulillah aku dapat masuk kelas Alpha. Rakan-rakanku juga ramai yang dapat masuk sama kelas denganku.

Lower form ni aku agak terkejut, first sebab aku jauh dari ibu bapaku, so dah takde orang yang akan membebel tiap malam suruh aku study, second first time duduk asrama, makanya aku sangat penat. Korang boleh agak tak ape aku buat. Hah aku kaki tidur dalam kelas. Aku boleh tidur dari pagi smpai petang. Rehat pun aku tk bangun. Kelas geo aku tidur, sejarah aku tidur. Senang cerita semua lah. Tapi sains jek, aku bangun. And kan aku pernah cakap problem aku bahasa inggeris. Masa zaman aku dulu Sains and Math sekolah rendah dalam bahasa melayu lagi, aku adalah batch terakhir. Apabila aku masuk lower form aku agak terkejut banyak istilah aku tak faham. Sebenarnya subjek paling aku minat adalah sains dulu. So aku kena extra hard kalau nak skor subjek sains masa lower form. Disebabkan aku yang kaki tidur dalam kelas, masa kelas prep pun tidur maybe sebab penat kot. Akhirnya aku dapat no 23/25 dalam kelas and dalam aliran pun no 23 maka aku layak stay kelas Alpha next year. 

Walaupun aku kaki tidur, dalam diam aku isi form nak jadi Pengawas Sekolah. Hehe. Jap gi aku cerita. Sebenarnya aku nak jadi librarian gak, tapi kitorang semua budak perempuan anti cikgu library tu. Makanya batch kitorang satu perempuan takde librarian. Library sekolah ni best aircond sejuk gila. Tidur dalam tu sedap. Banyak buku baru. Paling aku suka novel Harry Potter and Dear Yayah. 

Ni geng2 wat keje gila

Berbalik pada pengawas sekolah, kenapa nak jadi pengawas ? Sebab aku nak aktifkan diri, banteras buli, aku tak suka pakai baju putih, aku dah pernah jadi librarian. Simple kan. Sebab masa form 1 agak teruk kena buli sampai rasa nak berhenti sekolah, tapi ayah aku suruh sabar sebab, nanti bila kita dah senior orang tak kacau kita. So bila aku dah isi form, aku kena interview and jadi pengawas percubaan dulu. Nak dijadikan cerita aku dapat selesaikan kes pergaduhan dalam toilet perempuan yang melibatkan tarik rambut dan tudung beberapa pelajar, cikgu disiplin kena masuk campur sekali kot. Berbekalkan with good result in exam. Aku terus dapat jadi pengawas. Hahahahaha

So what happen in form 2, hah ? Aku menyesal sebenarnya kenapa masa form 1 asyik tidur. banyak benda aku kena catch up balik bila form 2. Masa ni subjek favorite aku KH- Perdagangan sebab aku suka akaun. Satu lagi aku suka sejarah. Pada hujung tahun aku mula meminati Geografi selepas habis aku catch up yang tertinggal. Sumpah geografi form 1 berat gila. Banyak sangat pasal hutan bagai. Pada hujung tahun form 2 no aku dalam kelas around lima terakhir dalam kelas. Disebabkan ramai budak ex SBP pindah msok kelas aku, makanya aku terkeluar ke kelas 3 Beta pada tahun hadapannya, kerana cikgu nak 25 student jek every klass. Ibu aku memang bising gila lah. Aku and kawan baik aku turun kelas. Seramai 9 orang tak silap turun kelas. And ibu aku lagi bising apabila telefon bimbitku dirampas guru disiplin. Dah la turun kelas, henset kena rampas.

Benda jahat masa form 2 aku buat ialah teman kawan dating ngan adik angkat malam-malam sebelah tangki. Dengar tangki tu tempat bunian. Tapi still aku temankan. Nasib tak kena sorok. Lepastu fly keluar beramai-ramai dengan kawan aku, saja2. Faham tak saja2. Hahahaha. Aku kurang buat benda jahat sebab aku pengawas sekolah. Jahat aku tidur dalam kelas and baca novel dalam kelas sorok dengan buku teks. Lepastu aku ada adik angkat lelaki comel gila and ada adik angkat perempuan. Aku ada abang agkat and kakak angkat jugak. Hahaha kat sekolah jek zaman berangkat2.

Masa aku form 3 lah aku simpan angan2 nak masuk SBP sangat2, mana2 SBP pun jadilah. Aku belajar dalam diam. Masa kawan aku tidur aku study. Masa kawan aku study aku tidur. Sampai kawan aku tuduh aku ni tk reti study. Masa trial PMR aku dapat 6B 1C. What the fish. Yang dapat B almost A kot. Ayah kata takde rezeki. Tapi ibu aku sedih. Hah cerita pasal C. C tu subjek BI. And macam nampak bayang result PMR 7A1B. Yela byk nak cover masa zaman banyak tidur and mainkan. Lagipula aku Bi masok kelas SET C, which is masa ujung Form 2, aku dapat 60 mark BI, means paling teruk dalam kelas ALPHA so aku tercampak kat SET C, budak dalam kelas OMEGA yang dapat 60 gak, which is paling tinggi dalam kelas dia masuk SET A. Aku macam. Arrghhh. Dalam set C ni budak2 dia jenis main2. Kalau kau fokus nanti kau kena nganjeng. So aku mmg down gila nak study BI. Tapi lepas trial dapat C. Aku nekad belajar Bi betul2. Ibu aku hadiahkan aku buku grammar sebagai hobi masa lapang dengan kamus baru sebagai inspirasi. Arwah cikgu BI aku Madam Favilah pernah berkata, If you want to score English, try to love it first. I suggest you translate everything in your exercise book even you know the meaning. You guys nak tahu soalan pun aku translate. Aku makin rajin buat karangan Bi and suruh madam check. Tambahan aku buat jugak jadual untuk subjek lain. Kiranya masa tu aku nekad gila nak keluar dari sekolah tu. Kat katil aku penuh aku conteng nak masuk SBP ahaha.


Korang boleh bayang yang kaki tidur dulu bawak buku pergi surau, masa makan, masa roll call, masa jaga block, masa perhimpunan. Alhamdulillah PMR aku boleh jawab dengan jayanya dan telah mendapat 8A. Woohoo satu kepuasan. tapi kawan2 ramai tak percaya dengan aku, sebab aku study sorok2 kot. Hahaha. Tapi aku paling jahat masa lepas PMR ni lah, aku ponteng segala aktiviti yang sekolah susun untuk pelajar form 3. Aku menyorok kat dalam bilik rahsia kat library sampai kena banned tak boleh masuk library, Pernah lepak kat surau masa sekolah sampai kena marah ngan ustaz. Pernah lepak kat dewan peperiksaan sampai kena gugar pintu dewan. Banyak tempat dan banned aku and kawan2. So kitorang pergi sekolah sekejap, pukul 8.30 dh nak balik siap  beli nasi goreng and sky juice kat kantin and menapak balik, duduk bilik prep bawah, nak naik dorm pintu grill kunci. Sorok kasut kat dalam, makan nasik then tidur bawah meja. Kahkahkah. Aku lebih jahat apabila aku telah menghilangkan diri seminggu awal dari tarikh cuti sekolah, alasan air takde, and takde sbb aku nak stay. Lagi lama aku stay lagi banyak dosa aku buat. Hahahaha. Paling best ibu aku sokong jek aku balik awal. Tapi paling win, ada seorang guru ni pernah mendoakan benda yang tak baik kepada kami, kerana kami sumpah seranah di tangga. Pasal pantat kuali kot. Itu sahaja kot sampai lower form dulu jela. Ni pun dah panjang sangat. Tapi boleh aku katakan, aku sangat merindui zaman lower form aku sangat2. Alhamdulillah aku still contact and lepak ngan kawan2 aku ni.

Adios.


3 comments: