Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.
Thursday, 30 March 2017
University Life
Hai, harini nak cerita pasal kehidupan di universiti tidaklah seindah yang disangka seperti yang kita lihat dalam drama2, jalan cerita novel mahupun imaginasi kita sendiri. Hakikatnya, nak tengok student kita lepak study atas rumput pun susah sebab panas yang melampau, bawak buku berat2 lepastu konon2 terlanggar jodoh, hakikatnya nak beli buku pun kau kedekut sanggup pinjam org atau photostat sekecik2nya. Semua yang indah2 itu hanyalah di dalam drama2 melayu sahaja. Hahaha.
Belum cerita awek2 kt uni ni, lagi2 course engineering. Tak sempat nak pakai baju kurung jubah ke hape, kau pakai baju kurung and heels, kau dah takley msok lab. Alasan technician nanti harga hantaran jatuh. Makanya, pakai la kau tshirt buruk and jeans lusuh with shawl yg tkya iron. Nak pakai mekap pun susah melainkan kau diva, and kau perlu bangun 2 jam awal tuk bersiap kakaka. Kalau kelas kau selalu start pukul 8. Kau subuh gajah pukul 7. Kau rasa sempat kau nak siap ? Makanya, muka kau pakai bedak and gincu/lip balm jela. Kalau pakai mekap tebal sikit. Kau kena bash ngan budak lelaki. Typical student engineering.
Pengalaman lain aku adalah bila dah masuk uni ni, perempuan lelaki semua sama jek, berebut naik bas macam main ragbi, beli makanan pun berebut macam apa. Hilang terus keayuan uolls. So, kalau ada lelaki jatuh cinta kat korg yg student engineering yg selekeh ni, maybe he is your true love kot. Sebab dia ley terima semasa zaman kau hodoh sebab tak bergaya macam student ikom or media ke apa. Well, ada budak twitter pernah kata jangan kahwin ngn budak engineering sebab dorg selekeh. Selekeh pun belajar susah nak mati weyy. And satu lagi suka aku nak kata, kalau kerap sangat taruk mekap nanti dah tak berseri bila tak pakai mekap. Bila mekap kahwin nanti pun dah tak naik seri.
Belum cerita lagi hectic week yg always happen nak cuti midsem, cuti sem or final year. Dia punya banyak project and lab report, assignment yg nak kena submit. Betapa banyaknye test yang susah gila baby, test yang berderet sampai tak cukup nafas, lab report yang menimbun every week sangat membosankan and banyak lagi. Masa aku final year diploma, aku pernah tak tidur tiga hari tiga malam kot disebabkan oleh fyp aku. Koyak mental aku, rabak mata. Selepas hari aku collapsed dan tidur lama gila. So kepada sesiapa yang mengharapkan kehidupan uni yang indah2, aktifkan diri join kelab persatuan, join kem sana sini dari situ kau akan merwarnai kehidupan di universiti yang serba kekurangan ini. Aku aktif tapi tak terlalu aktif. Kalau kem yang berjalan jauh, jumpa budak u lain aku suka ikut. Dari situ je aku nak create memories with friends and meet new friend around the Malaysia.
So conclusion kat sini, pandai2 kau manage cara kau belajar kat uni. Silap langkah badan binasa. Study smart not work hard. Be active and spread your love. Hahaha takde kena mengena.
Adios.
Labels:
Friends,
Study,
University
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Buat post ni mesti sbb jeles ngn aq kan..
ReplyDeletehehe, nope. saja nak share gak. aku tahu aku tak sehit kau.
Delete