Sunday, 19 March 2017

Make-up ?

Hai, harini aku nak cerita pasal mekap. Aku memang jarang nak bermekap. Senang cerita aku akan mekap kalau orang lain mekapkan. Selalunya bila big occasion macam hari raya, convocation day aku suruh lah adik aku mekapkan. So, itulah seorang gadis yang tak reti nak mekap. Cukup lah pakai bedak and lip balm jek. Dah nama pun budak engineering yang asyik pegang mesin and bakal kerja kat kilang. Mekap is not my style lebih-lebih lagi when i woke up late for class every morning. OH NOO.

So, selalunya adik aku yang no dua selalu mintak aku tadahkan muka utk dimekapkan, alasan utk asah skills. Tak kurang jugak member baik aku mintak aku tadahkan muka untuk dimekapkan. Aku on jek as long as it will become nice for my eyes and for my future husband. Oppss. Bagi aku tak reti bermekap sekarang takpe kot, nanti lepas belajar aku pergi lah kelas mekap. Or maybe nanti lama-lama tahu la sendiri. Sebab member aku cerita, mekap ni maintenance tinggi. Beratus lah jugak habis utk beli brg mekap. Tambahan juga, bila bermekap kerap, orang kata lah. Nanti hilang seri pengantin. HOHO.

Nak dijadikan cerita, tadi kami study tapi mood tak sampai. Sorang belajar subjek mechanics. Sorang belajar subjek signal ape kejadahnya. So kawan aku ni bosan, dia nak mekap kan aku. Sebab dia tak pernah tgok aku mekap. Selama ni adik and kawan lain mekap. Aku pun on jela. Haha bermulalah aksi geli geleman kena touch. Tak boleh bayang nanti kalau mak andam tu nanti tak diketahui jantina nak mekapkan aku. Mahu menjerit aku kena touch masa tu kot.

So, ni lah hasilnya.


ni gambar candid, masa kawan suruh senyum aku duk tgok henpon

After mekap kita selfie2 sikit dan mengkangumi ciptaan tuhan. Lepas dah puas hati amik kapas and mekap removal cuci mekap tu. So tulah kisah aku gadis yang tak reti mekap dimekapkan member. Biasalah nama pun student engineering. Hehehe sorry bakal husband. 

So ni antara selfie tadi.


Hi I'm Elena Park.
So, itu sahaja untuk entri hari ni. Hope you guys enjoy reading.


Adios.

No comments:

Post a Comment