Wednesday, 15 March 2017

Ketagihan Nescafe

Peminat nescafe mesti rasa nak bancuh nescafe kan sekarang ?
Hai, hari ni nak cerita pasal nescafe. Sebab aku akan consumed nescafe setiap pagi. Kalau aku missed sekali, aku mesti akan badmood, buat kerja pun tak produktif, sukar fokus. But when I get a sip of nescafe. Woah, i feel like energetic, can focus to my work or study, becomes active suddenly. 

So, disebabkan nescafe ni dah macam drug untuk aku. So aku buat la sikit research. Aku buat research pun sebab ramai kawan kerja and member baik suruh stop minum drug yang satu ni. Tetapi utk nescafe addicted, nak berhenti tu punya la seksa. Seksa macam mana ? Ok kejap lagi aku cerita okay..



Ok back to my research. Kafein ni rupa-rupanya sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun or biji beberapa jenis tumbuhan. Dadah ? Drug ? So aku ni penagih dadah la kan? Kihkihkih. Kafein juga boleh dihasilkan secara tiruan (yang ni maybe macam perisa tiruan tu la kan)  ianya boleh ditemui dalam biji kopi, daun teh dan biji koko. Oh ya, baru aku tau, minuman berkarbonat cola juga ada kafein. huhuhu. 

So, kesan kafein ni memang boleh rasa selepas kita telan. Ikut jumlah yang kita ambil la kan. As for me, kalau aku minum se-mug besar tu, memang terus rasa la yang aku jadi bertenaga, tak ngantuk dan yang paling best, aku jadi aktif semacam. Serius. Aktif gila kot sampai tak boleh duduk diam. Pernah aku cuba stop minum tapi sakit yang aku dapat ada lah. Seperti migrain, gastrik, lesu, lemah. Tapi ada member yang dah berjaya stop minum. Dia kata kat aku kita kena stop minum 5-7 hari baru kita tak ketagih lagi dah hah. Aku nya style lau aku stress aku minum nescafe terus hilang stress, ibarat macam lelaki dan rokok lah.

So kafein ni ibarat dadah perangsang pada tubuh badan manusia. Ianya merangsang otak dan sistem saraf pusat then bertindak ke jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Oh ya, ianya juga boleh menyebabkan dehidrasi. Yang ni betul la kot. Rasanya aku kejap kejap ke toilet. Dah tu aku kurang minum air masak. Dehydrated la aku. 

Kafein juga akan sebabkan ulser akibat asid yang terdapat didalamnya. Yang ni mungkin betul juga sebab everytime aku minum, perut akan terasa pedih. Hohoho. Jantung jugak akan menjadi tak menentu, berdegup pantas, rasa macam nervous tak tentu pasal dan tak selesa. Jantung akan jadi laju kan. 

So, sesiapa yang ketagih kafein tu harap dapatlah dikurangkan sebab bila kita dah terlalu bergantung dengannya, then bila one day kita tak minum, kita akan jadi lesu, mengantuk dan sakit kepala di mana ianya memang betul-betul jadi kat aku.

Alhamdulillah, cuti midsem haritu aku dah stop minum nescafe hari-hari. Aku buat cara macam kawan aku suruh. Stop minum for 5-7 days. Mmg sakit sikit. Tapi kalau dah nama cuti midsem kau bukan aktif sgt pun kan. Boleh sgt nk cuba hilangkan ketagihan. Aku dalam sebulan aku rasa sekali dua jek aku ambil compare than dulu sehari 2-3 cawan pun boleh. Tapi aku sekarang beralih arah ke black coffee pure. Nyumm. No kafein tiruan. 

Adios.

#nescafe #ketagihannescafe #coffeelover

1 comment:

  1. Belum tahap addicted lagi ni. Setakat semug besar tu je. Level saya sekarang dah tahap 1 sudu besar nescafe (no sugar) utk 1 gelas dan 7x sehari.

    Pendapat saya, awak ketagih gula sebenarnya. Sebab tu kalau tak minum takda tenaga.

    ReplyDelete